Education
Ψ Doctor of Philosophy (Health)(Candidate)
Ψ Masters of Clinical Psychology
Ψ Bachelors of Social Sciences in Psychology (Hons.)

Professional Memberships

Ψ Singapore Psychological Society

Awards

Ψ Healthcare Humanity Award (2015)

Key Services Offered

Ψ Obsessive-Compulsive Disorder
Ψ Anxiety & Mood Disorders
Ψ Childhood Trauma & PTSD
Ψ Neurodevelopmental Disorders
Ψ Perinatal Mental Health

Haanusia Prithivi Raj

MSRP MSPS
Ahli Psikologi Klinikal

 

 

Haanusia merupakan seorang ahli psikologi klinikal yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun. Beliau terdaftar sebagai seorang ahli psikologi di Singapura dan juga sebagai penyelia ahli psikologi klinikal. Beliau sedang menuntut pelajaran Doktor Falsafah di Universiti James Cook yang dijangka tamat tahun 2023.

Sepanjang kerjaya Haanusia, beliau pernah bekerja di pelbagai persekitaran seperti tertiari, wad hospital, dan servis komuniti. Beliau berpengalaman dalam bekerja dengan kanak-kanak, belia, dan dewasa yang mempunyai masalah psikiatri. Pada tahun 2015, beliau dianugerahi anugerah “The Healthcare Humanity Award” selepas menubuhkan pusat servis OCD pediatrik di Institute Mental Health (IMH) bagi kanak-kanak yang mengalami OCD tahap sederhana sehingga tahap parah. Program OCD tersebut menyediakan penilaian dan terapi paling kemaskini dan berkesan dari pelbagai disiplin. Beliau juga berusaha memberi latihan kepada ahli psikologi and psikiatri untuk memberikan terapi kedah terbaik untuk pesakit OCD. Pada tahun 2018, Haanusia menerbitkan helaian kerja OCD untuk kanak-kanak dan belia yang pertama di Singapura (Tajuk: Fighting the OCD monster: A cognitive behaviour therapy workbook for treatment of obsessive-compulsive disorder in children and adolescents Singapore: World Scientific).

Beliau berpengalaman dalam bekerja dengan populasi dari pelbagai peringkat umur untuk pengurusan kemurungan, keresahan, gangguan bipolar, trauma, dan gangguan perkembangan seperti autisme dan ADHD. Beliau menerima latihan lanjut dari pelbagai pendekatan seperti Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behaviour Therapy), Terapi Penerimaan dan Komitmen (Acceptance and Commitment Therapy), Terapi Skema (Schema Therapy), Terapi Tingkah Laku Dialetik (Dialectical Behaviour Therapy), Terapi Tingkah Laku Kognitif – Tumpuan Trauma (Trauma-Focused CBT), dan beliau menggunakan pendekatan kolaboratif untuk memilih bentuk amalan terbaik yang sesuai dengan keperluan klien.

Haanusia berteguh untuk membina suatu ruang yang selamat kepada kanak-kanak, dewasa, dan keluarga dari pelbagai peringkat sosioekonomi dan budaya untuk berkomunikasi dan berbincang tentang kesihatan minda.

 
 

Haanusia juga berminat dalam kesihatan minda waktu “perinatal” seperti keresahan selepas bersalin, kemurungan, OCD dan kesedihan dan kehilangan anak waktu “perinatal”. Beliau juga bekerjasama dengan ibu bapa dan keluarga untuk menangani masalah pemeliharaan anak, dan memberi panduan kepada ibu bapa untuk membentuk cara pemeliharaan anak yang terbuka dan saling hormat-menghormati. Sebagai seorang ahli psikologi klinikal yang berjumpa dengan pesakit dalam dan pesakit luar di hospital tertiari, beliau mempunyai pengetahuan dalam bekerja dengan belia dan remaja yang mengalami trauma kompleks, keresahan, kemurungan dan yang mencederakan diri-sendiri. Beliau juga berusaha untuk membentuk suatu ruang terapi yang terbuka dan selamat untuk mereka yang menghadapi disforia jantina dan populasi LGBTQ+.

Beliau berkerjasama dengan organisasi yang berikut dalam lingkungan professional beliau.

Kerja beliau dengan generasi muda melibatkan kerjasama dengan pihak sekolah dan agensi komuniti. Beliau juga menganjurkan latihan tentang isu kesihatan minda kepada rumah penjagaan, penjaga, dan orang ramai, serta memberi panduan untuk menangani masalah tersebut. Beliau juga melatih dan menyelia ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli-ahli pelbagai disiplin seperti ahli terapi cara kerja, ahli fisioterapi, pekerja sosial dan sebagainya.

Haanusia juga memberi sumbangan media melalui surat khabar, majalah, dan temu bual radio tentang pelbagai topik seperti pengurusan kemarahan, OCD, keibubapaan, kesihatan mental “perinatal” dan sebagainya.

Haanusia gemar menikmati masa lapang bersama ahli keluarga di alam semula jadi dan menyedia kek dan pastri untuk melepaskan tekanan selepas bekerja untuk sepanjangan hari. Beliau juga suka melancong dan menangkap gambar, di mana beliau berharap agar suatu hari nanti, beliau dapat melancong tanpa sebarang kekangan lagi.

Beliau fasih dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Tamil.

Sumbangan media masa terdekat